Thursday, April 25, 2013

Penantian terungkai ~ S>A>B>A>H

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..berjaya juga jari-jari ni menaip semula bagi mengisi ruangan blog yang dah menebal habuknya..hehe

Kenapa 'Penantian Terungkai'???

Haaa...

Sebenarnya perancangan nak pergi Sabah ni dah dibuat sejak bulan Januari 2013 lagi untuk melawat ke sana pada bulan April 2013...namun...kejadian yang sangat-sangat tidak diduga dan tidak diingini telah berlaku di SABAH



Pencerobohan Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu : Kronologi



Negara kita telah dikejutkan dengan pencerobohan di Lahad Datu sepanjang minggu ini. Hari ini 2 Mac kelihatan keadaan semakin tenang . Manakala sebelum ini, Anggota yang terbunuh ialah dari skuad Komando 69, iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dari Besut, Terengganu dan Sarjan Sabaruddin Daud dari Sabak Bernam, Selangor. Tiga anggota yang cedera ialah Koperal Azman Ampong, Koperal Mohd Tarmizi Hashim dirawat di Hospital Lahad Datu, manakala Konstabel Mohammad Qaiyum’aiqal Zolkifli yang cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2013/03/pencerobohan-kumpulan-bersenjata-di.html#ixzz2RSkkp14J


Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina;

9 Feb - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Feb - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Feb - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

14 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. Ismail berkata rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Feb - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.


Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2013/03/pencerobohan-kumpulan-bersenjata-di.html#ixzz2RSkqGoxk




16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu' antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Feb - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu. Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.


Alfatihah. Terima kasih pejuang wira negara .


Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2013/03/pencerobohan-kumpulan-bersenjata-di.html#ixzz2RSkwqnUy


#prayforlahaddatu . Semoga semua kembali aman, insyaallah :)


Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2013/03/pencerobohan-kumpulan-bersenjata-di.html#ixzz2RSl2nKZZ




Alhamdulillah...segalanya sudah berakhir dan perancangan ini diteruskan juga..hehe


S>A>B>A>H........KAMI DATANG~

Tiket kapal terbang kertas.. =)


Gunung Kinabalu sekitar jam 6.45 pagi...NYAMAN

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu


Sayur kuchai Sabah tak sama macam rasa di semenanjung..siap letak bunga kantan lagi~  

Berakhirnya pelayaran nelayan ~ Sekitar Pasar Filipina

Sesi pendakian Gunung Kinabalu bermula di sini~

Teh Sabah bah~

TEKUN...Betulkan jahitan baju/seluar..1 meter upah RM 5.00

Terbalik sudah rumah itu...


Tugu Double Six

Tugu Peringatan Double Six adalah sebuah memorial yang terletak di Sembulan di dalam kawasan kompleks perumahan Taman Grace di Kota Kinabalu, Sabah. Tugu ini dibina bagi memperingati tragedi kemalangan pesawat pada 6 Jun 1976 yang dikenali sebagai Tragedi Double Six yang telah meragut nyawa Ketua Menteri pertama Sabah, iaitu Tun Fuad Stephens, beserta 6 menteri lain.

I was here..Hehe..



Dalam perjalanan ke sana..ada banyak papan tanda sinalau bakas..apakah itu??
 'kerbau pendek'
Muslim tak perlu berhenti lah ye..Harap maklum

Sejuknya~


Sesi penjelajahan Sabah terhenti di sini.Penantian terungkai ~ S>A>B>A>H

Tamat