Pancuran Meteor Perseid yang dirakam oleh Jeff Rose -2012
Gambar yang menakjubkan ini telah dirakam di kawasan gua City Arkansas pada 11 Ogos 2012.
Tapi fenomena ini dapat saya lihat dari ruang angkasa Port Dickson dengan jelas! SubhanAllah !
* 6 Syawal 1434 H = 12 Ogos 2013 *
Secebis info..
Perseid
(sebutan /ˈpɜrsiː.ɨdz/) adalah hujan meteor yang lebat dan dikaitkan dengan
komet Swift-Tuttle. Perseid dikenali sebegitu kerana punca dari mana ia
kelihatan berasal, atau dikenali sebagai radian, terletak dari gugusan Perseus.
Namanya diambil sempena sebahagian dari nama Perseides, satu istilah yang
terdapat dalam satu mitos Greek, merujuk kepada waris Perseus. Satu aliran
puing-puing yang dikenali sebagai awan Perseid dan mengunjur sepanjang orbid
komet Swift-Tuttle.
Hujan meteor
ini muncul pada pertengahan bulan Julai setiap tahun, memuncak pada 9 hingga 14
Ogos bergantung kepada tempat munculnya hujan meteor tersebut. Semasa kemuncak,
kadar meteor ini boleh mencecah 60 atau lebih sejam. Hujan meteor ini biasanya
boleh dilihat di mana-mana bahagian langit, tetapi oleh kerana laluan komet
Swift-Tuttle, Perseid akan lebih aktif di kawasan hemisfera utara. Sebagaimana
semua hujan meteor lain, kadar ini mencapai tahap tertinggi pada waktu sebelum
subuh, kerana bahagian Bumi paling hampir mengadap matahari mengaut lebih
banyak meteor ketika Bumi bergerak melalui angkasa.
^_^ hujan
meteor perseid
No comments:
Post a Comment