Dah berhabuk dah blog ni..
Kali terakhir log in & buat catatan tahun 2014 yang lalu..
Kenapa mula mencoret hari ni?
Sebab terkesan..
Semalam..9 Jun 2018..sahabat..teman sebilik selama 4 tahun di Blok D216..IPGKTI, JB..
Pergi meninggalkan kami semua..dijemput Illahi..
Al-Fatihah buat Anis Syuhada Bt Sukur.. diberi rehat yang tiada penghujung..
Selepas bertarung selama 13 hari dalam keadaan koma di HSA..
Moga keluarganya tabah dan diberi kekuatan untuk menghadapi ketentuan ini..
Yang Esa Maha Mengetahui segalanya..
Terkesan..jalan cerita Anis..dah tiba muka surat akhir..
Kisah kita..tak tahu lagi..
Tak terkira kenangan dengan Anis sepanjang kita kenal..
Moga tenang Anis di sana bersama orang-orang beriman..Amiin
***Terkesan..mati itu pasti..tetapkan hati ini supaya sentiasa dalam rahmatMu..
No comments:
Post a Comment