Thursday, April 25, 2013

Penantian terungkai ~ S>A>B>A>H

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..berjaya juga jari-jari ni menaip semula bagi mengisi ruangan blog yang dah menebal habuknya..hehe

Kenapa 'Penantian Terungkai'???

Haaa...

Sebenarnya perancangan nak pergi Sabah ni dah dibuat sejak bulan Januari 2013 lagi untuk melawat ke sana pada bulan April 2013...namun...kejadian yang sangat-sangat tidak diduga dan tidak diingini telah berlaku di SABAH



Pencerobohan Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu : Kronologi



Negara kita telah dikejutkan dengan pencerobohan di Lahad Datu sepanjang minggu ini. Hari ini 2 Mac kelihatan keadaan semakin tenang . Manakala sebelum ini, Anggota yang terbunuh ialah dari skuad Komando 69, iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dari Besut, Terengganu dan Sarjan Sabaruddin Daud dari Sabak Bernam, Selangor. Tiga anggota yang cedera ialah Koperal Azman Ampong, Koperal Mohd Tarmizi Hashim dirawat di Hospital Lahad Datu, manakala Konstabel Mohammad Qaiyum’aiqal Zolkifli yang cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2013/03/pencerobohan-kumpulan-bersenjata-di.html#ixzz2RSkkp14J


Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina;

9 Feb - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Feb - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Feb - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

14 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. Ismail berkata rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Feb - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.


Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2013/03/pencerobohan-kumpulan-bersenjata-di.html#ixzz2RSkqGoxk




16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu' antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Feb - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu. Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.


Alfatihah. Terima kasih pejuang wira negara .


Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2013/03/pencerobohan-kumpulan-bersenjata-di.html#ixzz2RSkwqnUy


#prayforlahaddatu . Semoga semua kembali aman, insyaallah :)


Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2013/03/pencerobohan-kumpulan-bersenjata-di.html#ixzz2RSl2nKZZ




Alhamdulillah...segalanya sudah berakhir dan perancangan ini diteruskan juga..hehe


S>A>B>A>H........KAMI DATANG~

Tiket kapal terbang kertas.. =)


Gunung Kinabalu sekitar jam 6.45 pagi...NYAMAN

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu


Sayur kuchai Sabah tak sama macam rasa di semenanjung..siap letak bunga kantan lagi~  

Berakhirnya pelayaran nelayan ~ Sekitar Pasar Filipina

Sesi pendakian Gunung Kinabalu bermula di sini~

Teh Sabah bah~

TEKUN...Betulkan jahitan baju/seluar..1 meter upah RM 5.00

Terbalik sudah rumah itu...


Tugu Double Six

Tugu Peringatan Double Six adalah sebuah memorial yang terletak di Sembulan di dalam kawasan kompleks perumahan Taman Grace di Kota Kinabalu, Sabah. Tugu ini dibina bagi memperingati tragedi kemalangan pesawat pada 6 Jun 1976 yang dikenali sebagai Tragedi Double Six yang telah meragut nyawa Ketua Menteri pertama Sabah, iaitu Tun Fuad Stephens, beserta 6 menteri lain.

I was here..Hehe..



Dalam perjalanan ke sana..ada banyak papan tanda sinalau bakas..apakah itu??
 'kerbau pendek'
Muslim tak perlu berhenti lah ye..Harap maklum

Sejuknya~


Sesi penjelajahan Sabah terhenti di sini.Penantian terungkai ~ S>A>B>A>H

Tamat 




Tuesday, July 24, 2012

PEncetus kemungkinan..



Assalamualaikum..
 
Pencetus kemungkinan..
    Bermula segalanya dengan niat..
         Niat berselirat urat usaha..
             Aliran deras usaha disulami tawakal..
                  InsyaAllah..berserah kepadaNya...


Buat semua anak murid... Pencetus kemungkinan...

Monday, July 23, 2012

Auumm..Pulau Singa !

Pulau Singa a.k.a Singapura...
Sebenarnya masa ni 'sang singa' a.k.a Merlion dalam proses pembaikan sebab kena panah petir..
Kenapa??..Wallahu 'alam..

Marina Bay..Kapal tersangkut kat 3 bangunan..

Kat mana??..Ada ditulis kat atas tu..ni jejari Che'yah..huhu

Bank of China..tapi di Singapura...

Sampai jugak kat 'glob pusing2' ni..sebelum ni tengok TV jer..huhu

'Army of Scorpion King'..tengah berlatih angkat berat untuk Olimpik London..hehe

Fuh..bersimpang-siur...blup2

  
'Rock my baby'..lalalalaaa..buaian dahsyat ..
Muka Aiman yang x sabar nak kenakan kakaknya..Ooo





Sang singa 
 Ngauman mu sepi 
  Diselubungi pokok konkrit gagah berdiri
   Diselangi nafas tawa duniawi...




Sampai ketemu lagi...

Thursday, July 19, 2012

LAskar Ramadhan Datang Lagi ~



selamat menyambut Ramadhan ~
moga segala amalan kita diterimaNya..Amiin

Wednesday, February 22, 2012

Dengan kuasa BULAN...datanglah~

Assalamualaikum...

From The Rime of the Acient Mariner
The moving Moon went up the sky.
And nowhere did abide;
Softly she was going up,
And a star or two beside-

                            By Samuel Taylor Coleridge (1772-1834)


...????""""????...





Sebenarnya nak cerita tentang janji BULAN lepas je ...=)

Nak tau cerita ultraman versi chemie??
Tunggu....






The story of ULTRAMAN @ KRUBONG...


Ultraman kecik: Ultraman Taro!..Tolong sayaaaaa~
Monster Cheyah: Hahaha!..Siap sedialah untuk dihancurkan Ultraman kecik!..Sebelum tu posing dulu..PEACE~



 UltraAIman datang dengan tongkat sakti..Hiaaagh!



Monster Cheyah:..Awak ni asyik amik gambar kite jee..Bile kita nak lawan ni??...PEACE~ 
Ultraman kecik: Aik?!..UltrAIman yang datang?! Takpe lah..Cepat tolong sayaaaaa~
UltraAIman pula semakin menghampiri untuk memusnahkan Monster Cheyah dengan aksi silat cangkung!!!!






 *** Beberapa ketika kemudian...









 Monster Cheyah: Bagus UltrAIman!..Hahaha!Bagi gula2 je cukup untuk UltrAIman bertukar jadi MANster! HAhAa..Ultraman kecik dah terperangkap~
Ultraman kecik: TIDAAAAAAK!
MANster: HIAAAAGHHHH!..Fire sambil duduk bersila! TERBAIKKK~


Monster Cheyah:..MANster!..rumah kat belakang ni kecik sangat laa..jom kita musnahkan rumah besar sket!
MANster:..Tunggu la jap..baru kutip daun kering niii...


MANster: Sekarang dah ade daun kering ...JOM TERBANG!
Monster Cheyah: LAyannnnnnn~




SASARAN SETERUSNYA.....

Hehehe...

Sunday, January 1, 2012

Kita sambung selepas ini..insyaAllah..

Alhamdulillah..kita bertemu kembali...
                                                          -Ustaz Don (Pengertian Solat)-



Kalau bercerita pasal solat..memang ada bacaan, syarat, teknik (perbuatan) & lain-lain lagi..
(sambil menaip ni..tengah tengok 30 Minit Ustaz Don sekali..+ makan kek kurma..nyum2)


Sama juga macam ukiran..cuma baca bismillah masa nak mula..hehe

Haa..ingat lagi tak janji nak siapkan ukiran awal tahun 2011?? 

Sambungan :: Ukiran ,Ceri Dan Tesaurus Cinta..huhu 





proses membuat silat (membentuk)

licinkan kayu...guna kertas pasir..


letak bingkai + syelek

Dah tergantung !..haha
Tergantung dengan ukiran mak & abah..huhu


Dengan gobok senget..=)


DAH SIAP!
Terima kasih makAbah...
Terima kasih Tuhan..Alhamdulillah.. 




                                                                                                                                                               Nak tau cerita ultraman versi chemie??
Tunggu....










p/s : Selamat tahun baru 2012 untuk semua.. (",)

Sunday, December 18, 2011

Autobiografi :: Aku Kertas??

Assalamualaikum...

  
BILA....
  
Baca komik Doraemon..

                                     nak ade pintu sesuka HAti..senang sikit nak g mane2..huhu
   
Selak2 gambar dalam buku Cinderella.. 


                                     terase nak naik PUmpkin Caravan..sebab lagi laju dari beca =)

Tengok cerita Gremlins..



                                    bestnyeee kalau ade haiwan peliharaan secomel + sebijak GiZmo..

Tengok filem kanak2 Jumanji..


                                    agak2 mainan adventurous tu ade tak??..nak beli satuuu~

Pergi wayang ngan kawan2 tengok cerita Pirates of the Caribbean..


                                    nak try la buat Shipwreck Cove !






TaDAAAAAaaaaaaaaaaaa... ~


Rumah Alfa :: Citra Merdeka



Mesti korang pelik kan??..
Ate..nak buat Shipwreck(kemalangan kapal) Cove..tapi arca bunga yang keluar....





Cuba korang tengok kelopak bunga tu betul2..agak2 bentuk ape??
Mmmmm...

Ape dia??..TAk dengar laaa.....
ORIGAMI KAPAL!..10 markah untuk anda! (sila tepuk tangan utk diri sendiri.. TQ)


Sebenarnya..Arca :: Citra Merdeka :: ni direka sempena pertandingan ciptaan replika merdeka kat sekolah.. 
Jadi..dalam masa lebih kurang 2 jam..arca ni dapat disiapkan dengan bantuan Ustazah (satu rumah sukan: Alfa) kat sekolah saya yang sporting habis..bahan-bahannya??...hampir kesemuanya BARANG KITAR SEMULA..

Bahan utama (macam nak buat eksperimen pulak..hihi) :

1, Bendera Malaysia (pinjam budak darjah 4 punya..)
2, Tiang bendera (tiang pembahagi ruang yang dah patah kat almari klas..)
3, Pasu pokok kayu lama yang dah x guna..(ade kat belakang klas saye..idea spontan..)
4, Kayu antik yang bertulis nama arca (bingkai gambar yang dah patah..juga ditemui dalam almari tersebut..)


Maka..
tercetuslah tragedi kemalangan kapal yang dahsyat!..
Kapal2 karam yang tersangkut kat pokok kayu..huhu



Jadi...
Teruslah bermain dengan imaginasi anda untuk fikirkan idea2 kreatif yang orang lain rase pelik tapi menarik !




Si Kertas: macam2 aku boleh jadi rupanya... Awesome!... 
(tu pun terpulang kepada penulis yang membuat karya hebat..pengkritik yang membina,..... kanak2 kecik yang tau buang cebisan kertas yang dah dipotong supaya x susahkan mak dia,.. murid2 yang sentiasa tulis dengan kemas supaya senang cikgu tanda buku & x koyakkan buku. utk buat kapal terbang..wartawan yang melaporkan cerita2 yang benar & bukannya hanya .. timbulkan kontroversi utk lariskan suratkhabar/majalah/blog dan lain-lain...yang tau gunakan nikmat KERTAS dengan betul...mmm duit pun kertas..tapi jgn judi!.)



Gambaran pelukis: Shipwreck Cove (bagi yang x tengok citer pirates tuu)

p/s: Lepas ni nak buat kereta deLorean terbang laa..
       macam cerita 'BAck to the FUTURE'..hehe






The Adventures of Chemie (ep.18 : Imposibble Imagination..)