Tuesday, December 28, 2010

Neon Indah


 
"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."





 M.Nasir
Bonda 

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah 

Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan


Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda
bonda





p/s: peniup haruman neon terindah~ bonda
       kan?.. =)

Wednesday, December 22, 2010

12.30 22122010 3.2 ??

 
"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."



Assalamualaikum..
Malam tadi, sekitar jam 12.30 pagi (22 Disember 2010)..
Mata dah kuyu..bantal dah panggil..siap nyanyi lagu 'Sleeping Beauty' tu..hehe
Saya pun tutup suis lampu..pintu..tingkap..

Nak naik tangga je..terjengah kat luar..
Ampaian tu kat kawasan tak de bumbung..
Jadi, saya turun balik..buka pintu..
Gelap tuu..seram pun ade..tapi anjing x menyalak pun..
Seekor anjing pun tak menyalak..
Padahal keliling rumah saya semuanya ade anjing!..(berjiran ngan cingklong..biaselah..)

Perlahan-lahan..saya pakai selipar..
Tarik ampai yang beroda tu kat kawasan ade bumbung..
Mana lah tau..tengah2 tidur nanti hujan ke..
Entah kenapa saya rasa nak dongak..


SubhanAllah!

Saya nampak...

Halo bulan atau fenomena bulan bercincin

Jadi saya mencicit lari naik atas..ambil henset kat bilik..
Niat nak ambil gambar..dah cuba..tapi..bulan nampak..halo tak..
Yup..henset 3.2 megapixel je..tak boleh lah kan?..Frust sekejap..
Takpe2..saya pun cari kat internet..
Jom kita berkongsi ilmu sama2..Yuk !~


***

Lingkaran Cincin Sekitar Bulan

Cincin di sekitar Bulan ini disebabkan oleh pembiasan cahaya bulan (dari sinar matahari) dari kristal ais di bahagian atas atmosfera. Bentuk hasil kristal ais telah memfokuskan cahaya ke dalam cincin. Disebabkan kristal ais biasanya mempunyai bentuk yang sama, iaitu bentuk heksagon, cincin Bulan selalunya mempunyai ukuran yang sama.

Lingkaran cahaya berbentuk cincin yang mungkin dihasilkan adalah berdasarkan sudut yang berbeza dalam kristal. Mereka boleh membuat lingkaran cahaya dengan sudut 46 darjah.





Anatomi Halo Bulan 

Cincin yang muncul di sekitar bulan muncul dari cahaya yang melewati kristal ais bersisi enam  di atmosfera. Kristal ais ini terbias, atau membengkok, cahaya dengan cara yang sama seperti lensa kamera. Cincin memiliki diameter 22 °, dan kadang-kadang, jika anda bernasib baik, anda dapat mengesan lingkaran kedua, 44 ° diameter. Cirrus awan tipis quality lofting pada 20.000 kaki atau lebih mengandungi kristal ais kecil yang berasal dari pembekuan super titisan air sejukKristal-kristal ini seperti permata pembiasan dan memantulkan cahaya ke arah yang berbeza.

Kristal Cloud adalah kelainan prisma heksagon, (6 sisi) dan berbagai bentuk dari medan lama untuk bentuk plat-seperti tipis yang memiliki ukuran permukaan yang berbeza.


***

Saksikan sendiri keindahan dan ketakjuban fenomena alam memang mengasyikkan..
Buat kita banyak berfikir..
Atas segala nikmat yang dilimpahkan-Nya..
Adakah kita (termasuk saya) sering bersyukur dengan kurniaan-Nya...~




p/s: bisakah saya ketemunya lagi..?



Sunday, December 19, 2010

TimechAser

 
"In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful."
 
 
 
 
 
 
103:1

By time,
 
103:2

Indeed, mankind is in loss,
 
103:3

Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience.
 
 
 
 
Surah Al-'Asr (The Time) is the 103th chapter of the Qur'an. The surah teaches that all mankind are in loss, except those who believe in God, do good deeds, remind others of the truth, with patience and steadfastness. This is the second shortest surah, after surah Al-Kawthar. 



 

Learn by heart and soul ~ still waiting ..
                                        and hearing ...
                                            the ticking clock ....




Glosary:
indeed - sesungguhnya
righteous - kebenaran
steadfastness -ketabahan



p/s: bilakah...?



Sources:
http://www.quran-tafsir.org/asr.pdf
http://quran.com/103
http://www.mounthira.com/learning/surah/103-al-asr/

Wednesday, December 15, 2010

Penyakit VS Penawar

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."



Bangun pagi  ~ macam biasa..
Turun bawah..minum horlicks.. ~ macam biasa..
Selak dan baca surat khabar ~ macam biasa..
Bintang 3 menari-nari ~ LUAR BIASA!


                                              *     muka macam kena simbah air..
                                              **    berdiri tak boleh..duduk tak kena..
                                              ***   vomitting..
                                              ****  dunia macam gasing !


 ~ sehari suntuk tak berani sentuh makanan ~



***

Post sebelum ini Penawar VS Penyakit, berkaitan dengan insan-insan yang rapat dalam hidup kita ~ makAbah..

Tapi kali ini, Penyakit VS Penawar berkait rapat dengan ...^^


***


Doa Mendapat Keampunan dan Kesihatan yang Baik




Maksudnya:
Ya Allah, aku memohon akan dikau keampunan dan kesihatan. Ya Allah aku memohon kepadaMu petunjuk, ketaqwaan, kesucian dan kekayaan.
Marilah kita sama-sama memohon keampunan Allah atas permintaan kita kepada-Nya dalam banyak perkara yang kita tidak mengetahui rahsia di sebaliknya. Jadikanlah doa ini amalan harian sebagai satu usaha bertaubat kepada Allah SWT.

***

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami) 

Al-Ma'idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit. 

6 punca penyebab penyakit dari perut:- 

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik

2. Terlalu berlebihan semasa makan. 

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga


Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu Hurairah) 

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya. (mungkinkah ini penyebab kejadian di atas??)

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri. 

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak 
(menggosok gigi)." (Riwayat Ibnu Majah) 

6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor

Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan. 

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat." (Riwayat Abu Hurairah)




***

^^ anugerah yang telah diberikan buat kita - SIHAT sebelum SAKIT..

Ujian yang datang adalah untuk menguji keimanan dan kesabaran kita..
Berdoalah..moga-moga penyakit yang diuji dapat menjadi penawar yang menghapus dosa silam..

Alhamdulillah..sihat sudah (^-^)

Sumber:

Friday, December 10, 2010

Tiket !


"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."


DOA NAIK KENDERAAN
Az Zukruf 43:13-14


 Bahasa Melayu
Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!


English
“Glory to Him Who has subjected these to our (use), for we could never have accomplished this (by ourselves). And to our Lord, surely, must we turn back!”
Tiket bas Plusliner yang pertama saya beli..2005..design lama..harga lama..huhu


Ni pulak tiket bas terakhir saya beli masa kat IPG KTI, JB..2010..design baru..harga pun baru..hoho

Sama-sama kita amalkan baca doa naik kenderaan ya ~ ^^

Wednesday, December 8, 2010

seKali Ini

 "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."


Assalamualaikum...


Pemerhatian yang berterusan..
Pengumpulan data melalui niat..lisan..tindakan
Menganalisis segala dapatan..adakah hipotesis tercapai..?
Meneliti segala prosedur ke arah objektif ..
Pengulangan prosedur supaya mendapat hasil yang jitu..
Dokumentasi untuk perkongsian sejagat..


Mengikuti & menghayati perkembangan Islam
Menambahkan ketakwaan melalui hati..lidah..perbuatan
Sentiasa bermuhasabah untuk menilai diri
Memperbaiki kesilapan..menambahbaik yang sedia ada
Yang baik diteruskan..malah diperbanyakkan
Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya
Kerana hidup hanya sekali..

Umur kita semakin meningkat..adakah seiring dengan amalan kita?
Jadikanlah hijrah seKali ini bermakna dalam mengisi ruang waktu yang bersisa..
Salam Maal Hijrah 1432 H

Saturday, December 4, 2010

Every Mile Brings Another Smile..

Assalamualaikum..


Why every mile brings another smile?


BAB 1
Masa ni saya baru Darjah 5..kira umur 11 tahun laa..tahun 1997..
Program motivasi untuk pengawas diadakan pada hari sabtu..oleh sebab saya pengawas..jadi, saya pun datang la ke sekolah..SKPD..
Malam sebelumnya abah cakap tak dapat nak ambil saya dari sekolah..sebab abah ada meeting kat sekolah..
So..Angah & Syidy pun ajar la camne nak naik bas..
pada hari sabtu tersebut..program habis sekitar jam 11 pagi..
Dengan beraninya saya menapak ke terminal bas untuk naik bas sorang2 buat pertama kalinya..caya tak??
Kalau yang tinggal kat PD tu tau la..terminal tu belakang SKPD je..tak jauh pun..
Mata pun memandang..kiri..kanan..
Aleh2 nampak budak sekolah dengan akak dia naik bas warna biru..
Sebab saya yakin yang budak tu pernah naik bas sekolah yang sama dengan saya masa darjah 2 dulu..jadi, saya pun naik jugak la bas tersebut..


"Mi naik bas nanti bayar 20 sen kat pak cik driver tau..", pesan Angah semalam..


Saya pun naik..bayar 20 sen..duduk kat seat kedua dari belakang..
Bas pun bergerak..
Keluar je dari pekan PD..saya perasan yang bas tu menghala ke arah yang bertentangan dengan jalan yang selalu abah bawa.. alamak!


Relax mi..relax..dalam hati..


Bas mula lalu kat area Masjid Jamek..
Ada pak cik ni pandang2 ... pastu tanya kat saya..'Rumah adik kat mana?'
Saya jawab " Taman Tanjung, cik ".
Pak cik : Laa.. tu kat Batu 2..Bas ni ke Teluk Kemang..adik salah naik bas ni..
Saya diam je..ooo..ye ke?..dalam hati..


Relax mi..relax..pikir...pikir..
Bila bas ni lepas dari Batu 4..ni la tempat saya selalu pergi pasar malam bila hari Sabtu...
Saya pun teringat sekolah abah..
Masa tu mak cik2 & pak cik2 dah pandang2 saya........


Dari tadi saya dok perhati..orang lain kalau nak turun bas, diorang tekan butang merah kat atas tingkap..TEEEET..bunyinya..


Dah nak dekat sampai ke kat SKTK, saya cuba capai butang tersebut...alamak! TAK SAMPAI!
Sekolah abah dah nak sampai ni!..Saya pun berdiri atas seat pastu tekan..TEEEEEEEET!


Bas berhenti..betul ke adik nak berenti kat sini?..tanya acik driver..saya angguk..
Turun2 je ..saya masuk gate sekolah tu..saya cari van biru kat parking...


VAN BIRU ade!..
Saya pun tunggu dekat tempat duduk budak sampailah abah sampai..


Abah: "Aik?? Camne mi boleh ade kat sini?"
Saya : "Ada la.."


Sampai je kat rumah...habis saya kena gelak ngan mak..along..angah..kak lang..syidy...haha
Mak cakap nasib baik tak sesat ke Pengkalan Kempas... bas ada sehari 2 kali je lalu situ..=P


BAB 2
Tahun 1999,Tingkatan 1 @ SMKAP
Mak cakap belajar la naik bas ke PD..ikut la kawan & akak2 kat sekolah..
Ye lah mak..
Saya pun tanya Aimi..nak ikut balik PD sekali..
Pada hari Jumaat yang ditunggu-tunggu..
Aimi masih tertunggu-tunggu saya kat bawah asrama..mana budak ni?
Dia naik atas..sekali masa tu saya boleh lagi borak2 ngan kawan2 kat ats katil double decker..hehe
Weh..cepat laa..nanti bas takde..
Maaf Aimi..ooo..sekarang ke?..hehe


BAB 3
Tahun 2000, Tingkatan 2 @ SMKAP
Dah besar dah..hehe..dah nakal dah..huhu
Fly awal..patutnya jam 2 petang baru boleh keluar balik rumah..tapi kitorang keluar jam 12 lebih..sebelum budak lelaki pergi solat Jumaat..lalu pintu belakang..hehe..buat onar dengan geng & senior2..huhu


BAB 4
Tahun 2004 Sem 1 @ KMM,Melaka
Saya sorang je budak PD yang naik bas kat blok A masa tu..
Dari matrik..ke Masjid Tanah..tunggu kat Kuala Linggi..Tunggu lama tu.. dah la sorang2..seram juga..ade bus stop sebijik tu je kat area tu..rumah, kedai..semua takde..kawasan semak je..
Akhirnya sampailah sebuah bas Ching Wah namanya..terus ke PD..first customer : me and only me..


lebih kurang laa..huhu
BAB 5
Tahun 2005 Sem 2 @ KMM
Kawan ajak naik ke Pengkalan Kempas..ingatkan dia join sampai ke PD..rupanya dia berhenti sebelum sampai Pengkalan Kempas..ceh..
Pengkalan Kempas ni sebijik macam pekan koboi..tapi bukan orang putih atau red indian..tapi cingklong daa..
Rase terasing pulak di bumi sendiri..


BAB 6
Ogos 2005 @ MPTI,JB
Baru pertama kali nak naik bas jarak jauh..PLUSLINER..
Syidy yang tunjukkan Terminal Larkin & kaunter tiket..
Kawan2 duk takut-takutkan masa tunggu bas saya yang tak muncul2 sedangkan jam dah pukul 3.30 petang..
haha..pikir balik..cuak gak masa tu..kelakar pun ada gak..haha
Jangan risau..bas tu muncul gak..(kalau tak camne saya boleh tulis cerita ni?..hehe)


BAB 7
Tahun 2006 @ MPTI,JB


KAWAN TERTINGGAL!!!


Masa tu kitorang pergi tengok wayang..Pirates of the Carribean 2 kat CS,JB..
Nak dijadikan cerita Nisa' nak g beli barang kat kedai belakang bus stop yang kitorang tengah tunggu..
PAstu bas ke Larkin pun sampai..kitorang pun naik dulu la..reservekan tempat untuk Nisa'..
Aleh2 bas terus gerak!..kitorang dah panik..dalam tepon Nisa' dah nangis sebab kena tinggal..malam2 lak tu..
Kitorang tunggu Nisa' kat McD, Larkin..syukur..Nisa' selamat..=D




  masa berlalu~




- kena hon dengan driver bas sebab lambat..


- dalam bas ada budak ni tertumpahkan air..dia dengan malangnye jadi lah miss cleaner sekejap..kena mop sambil kena marah ngan driver & dipandang penumpang lain..segan seh..


- naik bas 2 tingkat..duk kat atas..depan sekali..rase cam naik roller coaster beb!


-salah terminal..sebab Plusliner dah ditukar ke Terminal 2..nasib baik Angah tak gerak jauh..


-acik cina ajak masuk kedai herba dia dulu..dapat air kotak..sementara tunggu along amik kat bus stop..masa tu dah malam..siap tanya saya sekolah mana..SEKOLAH??..ish3..tapi takpe..TQ auntie..seorang acik yang prihatin  =)


-bas brek mengejut..makcik kat depan saya pun melatah..Oh..B***..Astaghfirullah..pastu dia sengih..=P
-tunggu bas lama sangat kat JJ Tebrau..


-redah hujan naik motor ngan K.su..K.Eja..& K.Wani..stop gak kat bus stop..sempat pekena durian yang pak guard bagi..mat rempit kat sebelah pandang kempunan je..hehe


-driver bas pasang radio kuat2..lagu dangdut lak tu..


-anak2 aren memekak..


-tengok filem Adnan Sempit kat dalam bas..


-tayar pancit..


-jalan sesak setiap kali balik ..time perayaan la..


-kenal2 ngan budak kolej Islam..pastu buka puasa sama2..=)


-borak2 ngan dak seat sebelah..dah nak turun baru tau yang saya ni yang 'AKAK'..padahal dari tadi saya panggil dia akak..alahai..


-sesi amik no. tepon..kalut gak masa tu..tak tau nak bagi alasan ape..last2 saya bagi nama lain..(pastu pikir balik..patutnya bagi no. tipu)..nasib baik tak kantoi..sebab dia terus misscall no. tu..haha..lawak la masa ni..JGN LAYANN~


-demam ~..aircond lak cam nak tak nak je..duk belakang sekali...berpeluh beb..=(
..pengalaman..hehe


  dan banyak lagi cerita yang tak terucap..kadang2 buat  saya tersenyum sendiri..hehe~




BAB 8
6 Nov 2010..@ IPG KTI,JB
Ni lah kali terakhir saya naik bas PLUSLINER ke JB sebagai siswa guru..
yang terakhir ni pun ade ceritanya..tengah syok tengok cerita hantu Thai kat TV (dalam Bas)..dak sebelah saya boleh keluarkan selimut dari beg pastu unjurkan kaki..pastu tarik selimut..macam kat rumah lak..haha


Betul tak yang 'Every mile brings another smile'?


ini cerita saya..anda bagaimana? =P






'Senyuman di sepanjang perjalanan'   (^_^)




p/s: nanti saya uploadkan gambar tiket bas ya..remind me..=)