Sunday, August 5, 2018

Lesson 1 - Little House on the Prairie




Image result for little house on the prairie quotes
http://littlehouseontheprairie.com/little-house-on-the-prairie-quotes-from-the-tv-show/



*     Siri yang menyeronokkan dan penuh pengajaran..😄
**    Kehidupan yang sederhana dan tenang..😏
***   Sayangi keluarga anda..💖
****  Buat baik, InsyaAllah akan dibalas baik jua..😀

Saturday, July 21, 2018

Tempoyak ... Pelompat

Assalamualaikum..

Cerita hari Jumaat/20 Julai 2018


Tadi..dah gerak awal dari sekolah..lebih kurang 12.20 tengah hari..
tengah bawa kereta..lalu lebuhraya..tiba-tiba dah sampai SDASA baru teringat..
Ada tertinggal barang !!!

Apa lagi, patah balik ke Pasir Panjang.
Dah sampai..lepas tu ambil barang..
Lepas tu, ada kereta cikgu ni tak boleh hidup enjin..bateri habis..
Nasib baik ada acik jaga..tolong cas guna pelompat..


Image result for cara hidupkan enjin kalau bateri habis

Pertolongan Bateri Dari Kenderaan Lain



Satu lagi cara ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan bateri dari kenderaan lain. Jika ada kenderaan lain dengan bateri yang baik dan tersedia kabel (jumper) yang cukup panjang, maka enjin dapat dihidupkan dengan menghubungkan terminal positif dengan positif dan negatif dengan negatif dari kedua-dua kenderaan itu.
Bagi kenderaan yang saiz CC besar, kabel yang bersaiz agak besar diperlukan. Selepas terminal positif dan negative bateri kedua-dua kenderaan disambungkan, biarkan dahulu dalam lingkungan 5 minit.Kemudian pusingkan ‘start’ enjin seperti biasa. Pasti ia akan berjaya dihidupkan.


Read more: http://petuaseharian.blogspot.com/2014/03/cara-menghidupkan-kereta-apabila-bateri.html#ixzz5Ls6m5PdF


Dah 'semput' pun sempat buat jasa ya NCQ.. 😉


Ada hikmah tertinggal barang rupanya..
Hebat aturan Allah..(",)


** barang - tempoyak..hehe

Tuesday, July 10, 2018

Terkesan...

Assalamualaikum..

Dah berhabuk dah blog ni..
Kali terakhir log in & buat catatan tahun 2014 yang lalu..

Kenapa mula mencoret hari ni?
Sebab terkesan..

Semalam..9 Jun 2018..sahabat..teman sebilik selama 4 tahun di Blok D216..IPGKTI, JB..
Pergi meninggalkan kami semua..dijemput Illahi..

Al-Fatihah buat Anis Syuhada Bt Sukur.. diberi rehat yang tiada penghujung..
Selepas bertarung selama 13 hari dalam keadaan koma di HSA..

Moga keluarganya tabah dan diberi kekuatan untuk menghadapi ketentuan ini..
Yang Esa Maha Mengetahui segalanya..

Terkesan..jalan cerita Anis..dah tiba muka surat akhir..
Kisah kita..tak tahu lagi..

Tak terkira kenangan dengan Anis sepanjang kita kenal..
Moga tenang Anis di sana bersama orang-orang beriman..Amiin


***Terkesan..mati itu pasti..tetapkan hati ini supaya sentiasa dalam rahmatMu..

Thursday, November 13, 2014

Deruan sungai syukur



Pejam 
celik mata
Hela
hembus nafas
Sentuhan rasa

Maka
nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?



** semoga rasa syukur terus mengalir dalam diri kita saban hari seperti deruan sungai yang takkan henti..
                                                   

deruan sungai syukur

Monday, January 20, 2014

LALAT



LALAT...

Doktor    : Ye..awak sakit ape?
Pesakit   : Dua hari lepas saya demam..sekarang ni dah rasa ok sikit..
                Tapi hari ni rasa peing-pening lalat..
Doktor    : Boleh saya tahu..mmm...banyak ke lalatnya?
Pesakit   : Lalatnya takde..Tapi pening laa...




BINATANG...

Kawan 1 : Comelnye kucing niiii....
Kawan 2 : Comel la jugak...
Kawan 1 : Kucing comel ni dah ade orang cop..tinggal lagi dua ekor je takde sapa nak amik..
Kawan 2 : Ko amik la jaga..
Kawan 1 : Tak boleh..nanti bila balik kampung kena sapa nak jaga? Kawan C kata dia nak hari tu..
Kawan 2 : Laaaa..dia kan dah ada binatang tu....
Kawan 1 : Binatang???
Kawan 2 : Kucing bukan binatang ke?






Tuesday, August 13, 2013

Hujan Meteor Perseid Di Kala Syawal

SUBHANALLAH...


Pancuran Meteor Perseid yang dirakam oleh Jeff Rose -2012

Gambar yang menakjubkan ini telah dirakam di kawasan gua City Arkansas pada 11 Ogos 2012.


Tapi fenomena ini dapat saya lihat dari ruang angkasa Port Dickson dengan jelas! SubhanAllah !

* 6 Syawal 1434 H = 12 Ogos 2013 *


Secebis info..


Perseid (sebutan /ˈpɜrsiː.ɨdz/) adalah hujan meteor yang lebat dan dikaitkan dengan komet Swift-Tuttle. Perseid dikenali sebegitu kerana punca dari mana ia kelihatan berasal, atau dikenali sebagai radian, terletak dari gugusan Perseus. Namanya diambil sempena sebahagian dari nama Perseides, satu istilah yang terdapat dalam satu mitos Greek, merujuk kepada waris Perseus. Satu aliran puing-puing yang dikenali sebagai awan Perseid dan mengunjur sepanjang orbid komet Swift-Tuttle.

Hujan meteor ini muncul pada pertengahan bulan Julai setiap tahun, memuncak pada 9 hingga 14 Ogos bergantung kepada tempat munculnya hujan meteor tersebut. Semasa kemuncak, kadar meteor ini boleh mencecah 60 atau lebih sejam. Hujan meteor ini biasanya boleh dilihat di mana-mana bahagian langit, tetapi oleh kerana laluan komet Swift-Tuttle, Perseid akan lebih aktif di kawasan hemisfera utara. Sebagaimana semua hujan meteor lain, kadar ini mencapai tahap tertinggi pada waktu sebelum subuh, kerana bahagian Bumi paling hampir mengadap matahari mengaut lebih banyak meteor ketika Bumi bergerak melalui angkasa.

^_^ hujan meteor perseid

Wednesday, July 24, 2013

Cerita Lagi !

Sesi PnP Dunia Sains dan Teknologi..
Tajuk..HAIWAN..
Sedang si cikgu menerangkan tentang pergerakan haiwan..TIBA-TIBA..

Ada yang menyampuk..





Murid : Cikgu...cikgu....

           Cube cikgu teka...haiwan apa yang kaki kat kepala, mata kat kepala, 
           mulut kat kepala...
           Semuanya kat kepala lah...Cube cikgu teka...

Cikgu : Kalau saya jawab betul, awak nak bagi saya ape?


Murid : Mmmmmmmmm


Cikgu : Macam ni..Kalau jawapan saya betul...awak kena janji supaya diam 

           dan beri perhatian setiap kali kelas saya, boleh?

Murid : Alaaaaaaaa


Cikgu : Mmm..Ketam kot...


Murid : Heeee..Hee..jawapannya KUTU la cikgu..

           sebab dia atas kepala orang..jadi semuanya atas kepala..He..he

Cikgu : Mesti kepala awak penuh kutu kan?..

           Sebab tu awak tau jawapan dia...Haaaa

Murid : Tak lah..Kepala saya ada KELEMUMUR je..

           Mak saya yang bagi teka-teki tuuu..

Cikgu : Haaa.. Kalau tak nak kutu tu hinggap kat kepala awak...

           Rajin-rajin la syampu rambut.
           Jaga kebersihan diri...


Bertambah lagi satu cerita dalam kelas..DIDIK HIBUR lah tu..Huhu


*akhirnya senyap budak tu sampai habis kelas sebab kerenahnya dah dilayan..fuh..